Date: Isnin, Julai 20, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Ir. Che Noor Azeman bin Yusof, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan telah bersara wajib pada 17 Julai 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Abdul Rahman bin Baharuddin, Pengarah Kejuruteraan Pakar Keselamatan Jalan Raya dan Forensik Jalan, Cawangan Jalan diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 17 Julai 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan adalah dirujuk kepada beliau.