Date: Jumaat, Disember 13, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Encik Jawahar Nehru a/l Sockalingam, Jurutera Awam Kanan, Pasukan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 15 Disember 2019 sehingga 5 Januari 2020.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan  Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) adalah dirujuk kepada beliau.