Date: Khamis, March 5, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa, YBhg. Dato' Ir. Mohamad Sahimi bin Haji Arshad, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 1 (PPK1), telah bersara wajib pada 1 Mac 2020. Sehubungan itu, YBrs. Puan Rohaya binti Abdul Mois, diarah menjalankan tugas Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 1 (PPK1) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki puan berkuatkuasa pada 1 Mac 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 1 (PPK1) adalah dirujuk kepada beliau.