Date: Rabu, September 25, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Kamsiah Binti Madiu, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 2, telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 25 September 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Pembinaan PPK2 adalah dirujuk kepada beliau.