Date: Jumaat, April 17, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa, YBhg. Datin Sri Ir. Hjh. Nor Asiah binti Othman, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) telah bersara wajib pada 17 Mac 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Sr. Zaiha Binti Ariffin, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas PIPC, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 17 Mac 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas PIPC adalah dirujuk kepada beliau.