Date: Isnin, Oktober 26, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Hanizan binti Shafii, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR telah dilantik sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR mulai 7 Oktober 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Zuraidah binti Muhamad diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki beliau, berkuatkuasa mulai 7 Oktober 2020 sehingga jawatan di isi secara hakiki.