Date: Isnin, April 20, 2020

 

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Hj. Shamsuriee bin Sulaiman, Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, telah bersara wajib pada 18 April 2020. Sehubungan dengan itu, YBRS. Ir. NOOR ASHIKIN BINTI MD TAMIMI, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Unit Perunding Rekabentuk Jalan & Pengangkutan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 20 April 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki. 

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik adalah dirujuk kepada beliau.