Date: Khamis, September 30, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Husin bin Mustafa, Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advance Leadership and Management Programme – ALMP) Siri 71 Bilangan 4/2021 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 01 Oktober sehingga 29 Oktober 2021 seterusnya bercuti rehat pada 01 November 2021 sehingga 05 November 2021.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Siti Nor binti Hassan diarah menjalankan tugas Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Siti Nor binti Hassan berkuatkuasa pada 01 Oktober 2021 sehingga 05 November 2021.