Date: Isnin, November 9, 2020

Adalah dimaklumkan, YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) mulai 9 November 2020. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz diarah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBhg. Datuk Ir. berkuatkuasa mulai 9 November 2020 sehingga jawatan tersebut di isi secara hakiki.