Date: Selasa, Januari 19, 2021

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk lr. Ruslan bin Abdul Aziz, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) bercuti sakit pada 11 Januari 2021 sehingga 15 Januari 2021.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim diarah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki, berkuatkuasa mulai 11 Januari 2021 sehingga jawatan tersebut di isi secara hakiki.