Date: Isnin, Januari 15, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa, YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli bin Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) bersara wajib pada 14 Januari 2024. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa diarah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa berkuatkuasa mulai 15 Januari 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.