Date: Selasa, Ogos 4, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Ir. Haji Zulkefly bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya mulai 24 Julai 2020. Sehubungan itu, YBhg. Datin Ar. Hajjah Mariani Noor binti Suhud, Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 24 Julai 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) adalah dirujuk kepada beliau.