Date: Isnin, Jun 28, 2021

Adalah dimaklumkan, YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) akan mula bercuti rehat pada 28 Jun 2021 sehingga bersara wajib pada 7 Julai 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Dr. Lim Char Ching diarah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Dr. Lim Char Ching berkuatkuasa mulai 28 Jun 2021 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.