Date: Isnin, April 29, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa, YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) bersara wajib pada 27 April 2024. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad diarah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad berkuatkuasa mulai 29 April 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.