Date: Selasa, Februari 13, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBRS. Ar. ZAIRUL AZIDIN BIN BADRI, PENGARAH KANAN CAWANGAN ARKITEK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 09 Februari 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) adalah dirujuk kepada beliau.