Date: Khamis, Januari 26, 2023

1)

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH KHIDMAT PAKAR. CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

 

Adalah dimaklumkan, YBrs. Sr Noraisah binti Kadirin, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)) Siri 76 Bil. 1/2023 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 27 Januari 2023 sehingga 24 Februari 2023.

Sehubungan itu, YBrs. Sr Abdul Halim bin Embong diarah menjalankan tugas Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Sr Abdul Halim bin Embong berkuatkuasa pada 27 Januari 2023 sehingga 24 Februari 2023.

 

2)

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

 

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Hamdan bin Ali, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan, akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)) Siri 76 Bil. 1/2023 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 27 Januari 2023 sehingga 24 Februari 2023.

Sehubungan itu, YBrs. Tuan Syed Zubir bin Syed Husin diarah menjalankan Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Tuan Syed Zubir bin Syed Husin berkuatkuasa pada 27 Januari 2023 sehingga 24 Februari 2023.