Date: Jumaat, Disember 13, 2019

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Wan Ibrahim bin Wan Yusof, Pengarah Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah bersara pada 6 Disember 2019.

Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Nor Azmi bin Mohd Jamal@Kamar, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah diarahkan untuk menjalankan tugas jawatan JUSA C Pengarah Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki beliau, berkuatkuasa pada 6 Disember 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK) adalah dirujuk kepada beliau.