Date: Selasa, Oktober 13, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai berikut diarah untuk menjalankan tugas seperti berikut:

1. Adalah dimaklumkan, YBhg. Datin Ar. Hajah Mariani Noor binti Suhud, Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia akan Bersara Wajib pada 15 Oktober 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ar. Ibrahim bin Isa diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 15 Oktober 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki. 

2. Dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, telah dilantik sebagai Pengarah, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai dari tarikh 7 Oktober 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Izmal bin Ibrahim diarah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki, berkuatkuasa mulai 7 Oktober 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

3. Dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan, telah dilantik sebagai Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai dari tarikh 7 Oktober 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Sudin bin Hasim diarah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki, berkuatkuasa mulai 7 Oktober 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki. 

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan adalah dirujuk kepada mereka.