Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. lr. Haji Shamsuriee bin Sulaiman, Pengarah Perunding Reka Bentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, akan bersara wajib pada 18 April 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. lr. Hanizan binti Shaffii, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 18 April 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik adalah dirujuk kepada beliau.
- 1921 bacaan