Date: Khamis, April 2, 2020

 

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. lr. Hj. Yaakob bin Abdul Latif, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, bercuti rehat mulai 18 Mac 2020 dan seterusnya Bersara Wajib pada 25 Mac 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. lr. Hj. Shamsuriee bin Sulaiman, Pengarah Perunding Reka Bentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki. 

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik adalah dirujuk kepada beliau.