Date: Jumaat, March 13, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Radzwan bin Kasim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dinaikkan pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) mulai 05 Mac 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Mamat Rohizan bin Abdullah diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 05 Mac 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal adalah dirujuk kepada beliau.