Date: Jumaat, Februari 10, 2023

1)

 

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato’ Ir. Zulkipli bin Haji Nasri, Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, Ibu Pejabat JKR Malaysia, memangku Gred Utama B secara Khas Untuk Penyandang (KUP) pada 07 Februari 2023.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya berkuatkuasa pada 07 Februari 2023 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

 

2)

 

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH, CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, dilantik sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, memangku Gred Utama B pada 07 Februari 2023.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Anuar bin Ngah diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Pebguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di aman yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Anuar bin Ngah berkuatkuasa pada 07 Februari 2023 sehingga 27 Mac 2023.

 

3)

 

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH, CAWANGAN KERJA KESIHATAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hasim, Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia, memangku Gred Utama B pada 07 februari 2023.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Shukri bin Ishak diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki Ybrs. Ir. Shukri bin Ishak berkuatkuasa pada 07 Februari 2023 sehingga jawatan diisi secara hakiki.