Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya ( Sektor Pakar) mulai 9 Ogos 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Suhaili bin Mansor diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. berkuat kuasa pada 9 Ogos 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTe) telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) mulai 9 Ogos 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTe), termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Dr berkuat kuasa pada 9 Ogos 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah JKR Selangor mulai 9 Ogos 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Hjh Rohaya binti Abdul Mois diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. berkuat kuasa pada 9 Ogos 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
- 2461 bacaan