Date: Jumaat, March 13, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Fazilah binti Musa, Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur telah bersara wajib pada 06 Mac 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Noreha binti Nordin diarah menjalankan tugas Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 06 Mac 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur adalah dirujuk kepada beliau.