Date: Selasa, Februari 8, 2022

Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato' Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) bersara wajib pada 31 Januari 2022.

Sehubungan itu, YBrs. Sr Amran bin Haji Mohd Majid diarah menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), termasuk sebagai Pengawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan disamping menjalankan tugas hakiki beliau, berkuatkuasa pada 31 Januari 2022 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.