Date: Jumaat, April 15, 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datin Ir. Nor Asiah bt Othman, KPPK Cawangan Jalan telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Jawatan Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD). Arahan ini berkuatkuasa pada 1 April 2016, sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
 
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia dirujuk kepada beliau.