Date: Khamis, September 21, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. En. Shamsulakmar bin Abdul Munir, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarah untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 13 September 2017 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

 Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.