Date: Khamis, Januari 25, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Mohamed Amin Bin Kasim, Jurutera Awam Penguasa Kanan telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 23 Januari 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Pembinaan adalah dirujuk kepada beliau.