Date: Khamis, September 13, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBRS. Ir. RAZDWAN BIN KASIM, PENGARAH KHIDMAT PAKAR telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 17 September 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.