Date: Isnin, Oktober 22, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBRS. Ir. ZURAINI BINTI ZAINAL, JURUTERA AWAM PENGUASA telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai PENGARAH JKR NEGERI MELAKA termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 22 Oktober 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri adalah dirujuk kepada beliau.