Date: Khamis, Oktober 19, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Pn. Farah Binti Abdul Samad, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 4 Oktober 2017 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.