Date: Khamis, Mei 16, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abd Ghani, Timbalan Pengarah Kerja Raya Perak Darul Ridzuan telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Kerja Raya Perak Darul Ridzuan, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 13 Mei 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan JKR Negeri Perak adalah dirujuk kepada beliau.