Date: Selasa, March 19, 2019

Dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Haji Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) telah diarah menanggung kerja jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya di Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai pada tarikh 18 Mac 2019 sehingga kekosongan jawatan diisi.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia adalah dirujuk kepada beliau.