Date: Rabu, Oktober 2, 2019

Dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) telah diarah menanggung kerja jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya di Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai pada tarikh 1 Oktober 2019 sehingga kekosongan jawatan diisi.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia adalah dirujuk kepada beliau.