Date: Sabtu, April 11, 2020

Dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Zulakmal bin Sufian, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) telah diarah untuk menanggung kerja jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya di Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai pada tarikh 13 April 2020 sehingga kekosongan jawatan tersebut diisi.

Sehubungan itu, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia adalah dirujuk kepada beliau.