Date: Rabu, March 20, 2019

Dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Wan Ibrahim bin Wan Yusoff, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah diarah menanggung kerja Pengarah Bahagian Kompetensi, Persijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), CREaTE mulai pada tarikh 1 Mac 2019 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Bahagian Kompetensi, Persijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), CREaTE adalah dirujuk kepada beliau.