Date: Khamis, Jun 27, 2019

Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Abd Rahman Bin Shamsuddin telah diarahkan untuk menanggung kerja Jawatan Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia, di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas sendiri bermula pada 24 Jun 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu dirujuk kepada beliau.