Date: Jumaat, Oktober 21, 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui surat bertarikh 17 Oktober 2016, telah mengeluarkan arahan penanggungan kerja jawatan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia kepada YBrs. Ir. Illias bin Husain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia berkuatkuasa 17 Oktober 2016 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
 
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia dirujuk kepada beliau.