Date: Isnin, September 19, 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya,Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui surat rujukan (60)KPKR/PP/JE 51 bertarikh 15 Sept 2016 telah mengeluarkan arahan penanggungan kerja Jawatan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia kepada YBrs. Ir. Mohamad Azman bin Hj Ahmad, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia berkuatkuasa 13 September 2016 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
 
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia dirujuk kepada beliau.