Date: Jumaat, Ogos 26, 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya,Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui surat rujukan (115)KPKR/PP/JA 1115 bertarikh 25 Ogos 2016 telah mengeluarkan Arahan Penanggungan Kerja Jawatan Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi  JKR kepada YBrs. Puan Nor Fadzilah binti Ashaari, Pengarah, Cawangan Latihan dan Inovasi bermula 01 September 2016 sehingga jawatan diisi secara hakiki.
 
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR dirujuk kepada beliau.