Date: Khamis, September 7, 2017

Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Hj. Mohd Noor Azudin bin Mansor, Pengarah Kejuruteraan Pakar (Struktur), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS), Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menanggung kerja Jawatan Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, CKAS bermula pada 4 September 2017 sehingga jawatan di isi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, CKAS dirujuk kepada beliau.