Date: Rabu, Julai 17, 2019

Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Husin Bin Mustafa telah diarahkan untuk menanggung kerja Jawatan Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas sendiri bermula pada 9 Jul 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dirujuk kepada beliau.