Date: Rabu, Julai 17, 2019

Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Hanizan Binti Shaffii telah diarahkan untuk menanggung kerja Jawatan Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas sendiri bermula pada 8 Jul 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dirujuk kepada beliau.