Date: Rabu, March 15, 2017
Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Mamat Rohizan bin Abdullah, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan tugas Jawatan Pengarah Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas hakiki berkuatkuasa pada 03 Mac 2017 sehingga jawatan tersebut di isi secara hakiki.
 
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dirujuk kepada beliau.