Date: Jumaat, Ogos 26, 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya,Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui surat rujukan (72)KPKR/PP/AR 73 bertarikh 24 Ogos 2016 telah mengeluarkan Arahan Penanggungan Kerja Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kepada YBhg. Datuk Ar.Dr.Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pengarah Kanan,Cawangan Kerja Bangunan Am 1 bermula 26 Ogos 2016 sehingga 24 Oktober 2016.
 
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dirujuk kepada beliau.