Date: Khamis, Ogos 25, 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya,Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui surat rujukan (45)KPKR/PP/JA 578 bertarikh 25 Ogos 2016 telah mengeluarkan Arahan Penanggungan Kerja Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) kepada YBhg. Dato' Dr. Meor Ab Aziz bin Hj.Osman, Pengarah Kanan,Cawangan Jalan bermula 24 Ogos 2016 sehingga jawatan diisi secara hakiki.
 
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dirujuk kepada beliau.