Date: Rabu, April 6, 2016
Sukacita dimaklumkan YBhg.Dato' Ir.Hj Mohd Fazli bin Osman, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menanggung kerja Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas sendiri berkuatkuasa pada 05 April 2016 sehingga jawatan tersebut di isi secara hakiki.
 
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dirujuk kepada beliau.