Date: Selasa, April 11, 2023

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 JKR Malaysia Tahun 2023 telah dilaksanakan bermula 15 Mac 2023 dan akan berakhir pada 14 April 2023 di semua Cawangan Ibu Pejabat JKR termasuk dua (2) buah JKR Negeri iaitu JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan JKR Negeri Sembilan yang telah mendapat pensijilan ABMS ISO 37001:2016 pada 1 September 2022.

Audit Dalaman SPAR dilaksanakan sekurang-kurang sekali dalam setahun yang merangkumi pengauditan berkaitan perolehan dan perkhidmatan sokongan dalam pengurusan projek-projek persekutuan yang jumlah kos kontrak melebihi RM500 ribu.

Tujuan utama pelaksanaan Audit Dalaman SPAR adalah bagi memastikan kepatuhan terhadap sistem SPAR dalam kitaran pengurusan projek JKR selain kesempurnaan pengurusan aduan integriti yang cekap serta  tadbir urus SPAR JKR Malaysia dilaksanakan dengan berkesan.

Temubual bersama Dato’ KPKR turut diadakan sebagai tanda komitmen Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia terhadap SPAR dalam usaha menangani gejala salahlaku rasuah sepertimana objektif utama SPAR.

Diharapkan hasil daripada pengauditan SPAR ini, dapat memantapkan lagi organisasi JKR Malaysia yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dalam kepakaran teknikal tetapi direalisasikan dengan sistem pengurusan projek yang berintegriti dan berkualiti bagi memenuhi objektif serta kepuasan pihak pelanggan masa kini.