Date: Isnin, Mei 23, 2022

Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang dilaksanakan di JKR Malaysia bagi empat sistem berikut:
1.    Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015
2.    Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) ISO 14001:2015
3.    Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ISO 45001:2018
4.    Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) ISO 50001:2018

Audit Pemantauan ini bermula pada 23 Mei 2022 dan akan tamat pada 27 Mei 2022. Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan SPB JKR Malaysia telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR), YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman pada hari Isnin, 23 Mei 2022 jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Berlian, Menara Ibu Pejabat JKR Malaysia.

YBhg. Datuk KPKR amat berharap agar semua Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan dan Negeri dapat memberikan komitmen yang penuh sepanjang tempoh pengauditan bagi memastikan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) yang telah dilaksanakan di JKR Malaysia mencapai tahap integriti dan kualiti yang terbaik serta memenuhi kepuasan pihak pelanggan masa kini.