Date: Khamis, March 15, 2018

Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang dilaksanakan di Ibu Pejabat JKR Malaysia yang melibatkan keempat-empat sistem berikut:

 

  1. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015
  2. Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) MS ISO 14001:2015
  3. Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OHSAS) 18001:2007
  4. Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) MS ISO 50001:2011

 

Audit Pensijilan Semula ini bermula pada 12 Mac 2018 dan akan tamat pada 16 Mac 2018 manakala Audit Pensijilan Semula ISO 50001:2011 Sistem Pengurusan Tenaga bagi Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia (Blok A hingga F) pula bermula dari 12 Mac 2018 hingga 13 Mac 2018.

Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR Malaysia oleh SIRIM QAS International yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha telah berlangsung dengan jayanya pada hari Isnin, 12 Mac 2018 jam 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat Berlian, Menara Ibu Pejabat JKR.

Pengauditan semula SPB tahun ini adalah merupakan pensijilan kali pertama bagi Audit Pensijilan kepada SPB JKR Migrasi daripada versi 2008 kepada versi 2015. Dengan pemakaian Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 ini, JKR Malaysia berharap untuk terus menjadi pemangkin dalam memberikan perkhidmatan dan melaksanakan projek-projek dan perkhidmatan kejuruteraan yang diamanahkan dengan lebih cekap dan bersistematik bagi memenuhi objektif kualiti serta kepuasan pihak pelanggan.

 

Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula SPB bersama SIRIM QAS International

 

Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula SPB bersama SIRIM QAS International